salam ku pada mu


Flying Cute Pink Butterfly

Rabu, 13 Mei 2015

muka bersih dan cantik?


 

Bismillahirrahmanirrahim....

  kebersihan muka ni amat penting... bukan kebersihan muka je kita kena jaga tapi seluruh badan kerana badan kita ni anugerah daripada Allah kita kena jaga dan bersyukur... dalam Islam juga menyatakan dan sangat menitikberatkan tentang kebersihan dan kekemasan diri .... Ia merangkumi kecantikan diri dan penampilan kita sebagai umat Islam.

dah menjadi fitrah manusia, kebanyakan wanita sangat  mementingkan kecantikan, dan kalau boleh sehingga usia walau sudah mencecah 40 tahun ke atas....wajah masih mahu nampak muda dan bertenaga.
Tambahan pula sebagai seorang isteri, wanita di dianjurkan agar berhias di depan suaminya.... bagi yang belum kahwin tu berhias too jangan lah terlalu over ... jangan sampai lelaki2 tengok macam nak terkeluar bijik mata dorang...

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.


ada sesetengah perempuan malas nak jaga kebersihan dan kecantikan kulit.. why??? kerana bagi mereka asalkan wajah bersih tak ada jerawat or jeragat yang teruk .. that is ok ... sampai muka muka nampak kusam n tak bermaya... kadang2 macam mayat hidup pun ada... selagi tak ada teguran dari suami or best friend... bagi mereka penampilan mereka dah complete..

so try asking yourself :
Image result for cantik wajah menurut islam
  • sejauh mana anda menekankan bab menjaga kecantikan dan mahu kelihatan sihat dan muda?
  • Adakah kita sudah cukup berhias dihadapan suami kita?
 oleh itu, ari nie sue nak kongsi dengan kalian mengenai penjagaan kulit dan wajah ... lelaki pun boleh amalkan insyaAllah...

#1 - jangan tinggalkan solat
paling penting solat perlu jaga kerana selain ia wajib, air wudhuk yang terkena pada wajah anda 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan untukmenyerikan wajah and hati kita...


#2- minum air suam sebaik sahaja bangun tidur 
  bangun je dari tidur pagi, iaitu sebelum gosok gigi and mandi minum air suam terlebih dahulu... adalah lebih baik jika minum air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut 10 saat sambil selawat 3 kali than baru telan..

lebih bagus  juga amalkan petua Rasulullah s.a.w. minum segelas air suam bercampur dengan madu ... kerana madu penawar kepada pelbagai penyakit....




#3- teh hijau
korang mesti tertanya kenapa kulit orang jepun and korea cantikkan ... ini kerana orang jepun and korea selalu mengamalkan minum teh hijau sekurangnya satu hingga dua kali sehari... ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat ... kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus....

#4 - cleansing oil
untuk pencuci muka... the best is pilihlah minyak pencuci ( cleansing oil) kerana ia mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah... anda juga boleh amalkan teknik 424... iaitu anda perlu mencuci wajah dengan minyak selama 4 minit ... diikuti dengan pencuci muka selama 2 minit ... dan bilaskan muka selama 4 minit ... mulakan dengan air suam dan akhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.....

 sambil urut wajah dengan air tu dari bawah dagu hingga ke dahi iiringi la dengan 3 kali selawat... amalkannya setiap hari... but ingat ye urut tu biar dari bawah ke atas bukanya dari atas ke bawah... jika urut dari atas ke bawah lama2 berkedut pula muka anda...
antara zikir yang boleh diamalkan ialah :
  • Baca ” Ya Badiyah ” (1x)
  • Baca ” Ya Nur ” (1x)
  • Baca ” Ya Hadi ” (1x)
  • Baca ” Ya Allah ” (3x)


#5 - penyegar
penggunaan penyegar wajah juga amat penting... kenapa ia penting??? ini kerana ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa2 pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna... cara nak pilih penyegar pun penting untuk elakkan kulit daripada kering... lebih elok jika anda tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang lebih optimun....


#6 - pelembap muka
pelembap muka sememangnya rutin kecantikan bagi semua wanita or lelaki... yang membezakanbya adalah pemilihannya... pelembap yang diperbuat daripada lemak sayuran adalah lebih baik untuk wajah... minyak mineral seperti petroleum jeli tidak mempunyai apa2 bahan yang boleh menjadikan kulit lembut and cantik... sapu ke atas dan ke bawah perlu juga dipraktikan untuk penyerapan yang sempurna... 

 
 #7 - senaman muka dan urutan 
Image result for urutan wajah
 anda juga boleh mengamalkan senaman wajah dengan menyebut perkataan ' MA ME MI MO MU' sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir...

 selain itu untuk mengekalkan rahsia wajah yang berseri .... urutan pada kulit juga perlu diamalkan .... anda boleh gunakkan penyental muka or krim and urut dengan lembut wajah anda 2 or 3 kali seminggu... ia dapat menggalakkan pengaliran darah , oksigen dan menambahkan keelastikan wajah... 

setiap kali lepas urutan wajah, jangan lupa untuk gunakan mask untuk lengkapkan rutin kecantikkan anda... pilih mask yang sesuai dengan kulit kita asia... seeloknya anda memilih clarifying mask untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau moisturising mask...
 
 
#8 - baca surah Al - waqiah dan surah yusuf 
nak cantik pun biar dengan redha Allah... so amalkan membaca surah Al- Waqiah dalam hati setiap kali mandi... disarankan baca pada curahan pertama.... dimulakan dengan kepala ... jika andamandi gunakan shower , bacalah masa mula nak mandi... niatkan dalam hati untuk menjaga kulit kita and untuk kebahagiaan rumahtangga kita dan kerana Allah... 

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
 Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
 Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan."

selain itu amalkan lepas solat subuh dengan membaca surah yusuf  ....kemudian air suam... amalkan nya dengan jujur dan ikhlas yang penting kerana Allah... insya Allah wajah akan lebih muda dari usia anda yang sebenar...


#9 - membaca doa ketika melihat cermin 
yang ni ramai lupa... setiap kali tengok cermin tu cuba lah anda baca doa kemudian selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s..... tak susah pun ... anda amalkan setiap pagi... insya Allah kecantikkan kulit akan terpelihara... kalau tak ingat doa nya fotostat doa tu tampalkan depan cermin... tiap kali tengok cermin baca... 

Doanya begini:
“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”
Doa lain yang boleh diamalkan juga adalah:




kecantikan kulit

last sebelum sue akhiri tips sue pada hari ini... selain daripada berdoa dan amalkan petua yang diberikan tadi.... gunakan lah produk yang terbukti berkesan secara saintifik yang paling penting ianya halal... satu lagi tips ... anda boleh juga malkan supplement or bahan makanan yang halal dan terbukti memberi kesan adalh stem cell... stem cell adalah ekstrak dari buah epal jenis uttwiler spatlauber dan buah anggur yang biasanya boleh ditemui di switzland...
Image result for stem cell product

Epal ini tidak sama seperti epal yang terdapat di pasaraya atau kedai-kedai yang macam kita biasa beli and makan tu.... Jika buah epal ni jatuh ke tanah, ia tidak akan kecut atau busuk untuk jangkamasa 4 hingga 6 bulan.... Jika pokok atau buahnya tercedera, ia akan pulih dengan cepatnya.... see betapa hebatnya fungsi dan ketahanan epal ni kepada kita... 

why kena pilih stem cell???? Stem sel adalah satu-satunya sel yang memiliki keupayaan untuk memperbaharui dirinya..... Stem Cell berkesan menjadikan seseorang individu itu kembali merasai nikmat keremajaan dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit dan membaiki epidermis iaitu lapisan luar kulit selain membentuk pigmen kulit.....

Stem cell ini juga berupaya memulihkan sistem kardiovaskular, risiko penyakit jantung, strok dan kolestrol tinggi serta mengawal diabetis, meningkatkan sistem imunisasi badan serta melegakan penyakit sendi....

semoga segala yang tips sue beri ni boleh membantu anda dalam menjaga kulit ... sue mohon seribu kemaafan jika ada salah dan silap... yang buruk datang daripada sue sendiri yang baik datang dari Allah..

Tiada ulasan: