salam ku pada mu


Flying Cute Pink Butterfly

Jumaat, 17 April 2015

perkahwinan yang abadi




Bismillahirrahmanirrahim....
perkahwinan bukan suatu benda yangmudah dan boleh dimain2.... kerana sebelum berkahwin masing2 tak jujur dengan pasangan,bila dah kahwin baru kita nampak kekurangan masing2... oleh itu, kita kena terima segala kekurangan yang ada pasangan kita dan sebelum bernikah jujur dengan pasangan mengenai kekurangan dan keburukan yang ada pada kita... agar pasangan dapat menerimanya dengan hati yang tulus... paling bagus tunjuk perangai sebenar kita kepada pasangan ... tak payah lah nak cover2.... lebih cepat kita kenali pasangan lebih cepat kita mesra bersama pasangan... dan paling penting cuba berfikiran positif jika ada masalah atau kekurangan...

disini juga hendak dikongsikan bahawa lelaki umurnya dah 40 tahun keatas baru lah romantik... so si isteri semua jangan marah apabila suami anda tak romantik lepas kahwin ... ini kerana apabila lelaki umur 40 tahun hormonnya akan stabil dan bertukar... so jangan marah dan malu bila nanti dah umur40 suami baru nak peluk or pegang tangan or manja2 ini kerana hormon dorang bertukar... hehe....









Ahad, 12 April 2015

kahwin....








 

  Bismillahirrahmanirrahim.....


kahwin dalam islam dari segi bahasa bermaksud himpun atau cantum... dari istilah pula akad yang menghalalkan pergaulan lelaki dan wanita yang diharuskan berkahwin...ini bermaksud lelaki itu sanggup menerima satu tanggungjawab yang besar yang akan diserahkan oleh bapa pengantin perempuan kepadanya untuk menanggung segala dosa yang bakal isterinya lakukan... betapaberatnya tanggungjawab yang bakal dipikul...

banyak persediaan yang perlu dilakukan sebelum berkahwin.... sebelum berkahwin wajib ada ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah ... ini untuk persediaan untuk membawa rumahtangga kita bahagia didunia dan akhirat ... ilmu bukan hanya dengan menghadiri kursus kahwin... tetapi ilmu meliputi seperti ilmu menambat hati suami/ isteri... ilmu memasak... ilmu menguruskan rumahtangga... ilmu menjadi suami soleh dan isteri solehah.... suami juga wajib bagi didikan kepada isteri ... solat 5 waktu, solat jemaah , membaca Al-quran dan sebagainya perlu ditekankan lebih lagi kepada lelaki yang bakal menjadi imam dan pemimpin kepada keluarga....

fizikal dan mental juga perlu ada persediaan sebelum berkahwin jika kita sakit adakah kita mampu untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai suami atau isteri....perlu merawat kesihatan dahulu sebelum berkahwin sekiranya ia akan menjejaskan tanggungjawab sebagai suami/ isteri...macam mana seorang suami nak memberi nafkah kepada anak dan isteri jika suami sakit... macam mana isteri nak memasak untuk suami dan anak jika ia sakit..
ekonomi yang kukuh perlu ada untuk berkahwin bagi yang lelaki kerana lelaki yang akan tanggung makan minum, pakai , tempat tinggal dan didikan kepada anak dan isteri... ekonomi adalah penting lebih2 lagi untuk lelaki kerana untuk memberi nafkah ... walaupun berkahwin ketika belajar suami juga bertanggungjawab memberikan nafkah ... ibubapa juga perlu membantu anak2....

 APAKAH TUJUAN PERKAHWINAN INI????? tujuannya ini ialah untuk menyahut seruan fitrah ... ini kerana lelaki memerlukan perempuan dan sebaliknya...

AYAT 30 SURAH AR-RUM
" maka, hadapkanlah wajahmu ( dengan mengikhlaskan hati ) ke arah agama Allah, fitrah Allah yang telah mencipta manusia menurut fitrah itu, tidak lah patut ada sebarang perubahan pada agama Allah itu, itulah agama yang lurus tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui, "

perkahwinan ialah sebuah ibadah kepada Allah... jika seseorang itu berkahwin maka sempurnalah sebahagian daripada tuntutan agama...

" apabila berkahwin seseorang hamba, maka telah sempurnalah,sebahagian daripada agamanya, maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam sebahagian yang lain"

 ( RIWAYAT AL- HAKIM)

kita kahwin kerana perkahwinan itu sunnah Rasulullah SAW... untuk mendapatkan syafaat nabi kita perlu mengikuti sunnah nabi termasuk soal kahwin...

" dan aku ini bernikah, maka siapa yang membenci sunnah aku, maka dia bukan lah daripada golongan aku "

( RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM )

malah berkahwin juga untuk melahirkan golongan yang soleh dan solehah.... ia adalah jalan terbaik untuk mengembangkan zuriat... Nabi menyuruh kita agar berkahwin dengan wanita yang pengasih dan melahirkan ramai zuriat...

" bernikahlah dengan perempuan yang subur dan melahirkan anak kerana aku berbangga mempunyai umat yang ramai "

( RIWAYAT ABU DAUD )

dalam perkahwinan dapat mewujudkan ketenangan jiwa dan ketenteraman rohani... ia boleh menjadi penawar bagi masalah stress kerana boleh berkongsi masalah bersama pasangan.... selain itu, ia dapat ia dapat menghindarkan diri daripda melakukan kemungkaran dan maksiat ....

Apa matlamat perkahwinan???? matlamatnya ialah untuk ketenangan , kasih sayang dan belah ihsan....

FIRMAN ALLAH SWT

" dan di antara tanda2 yang membuktikan bahawa ia mencipta untuk kamu ( wahai kaum lelaki ) , isteri2 dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu (  suami isteri ) perasaan kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan- keterangan ( yang menimbulkan kesedaran ) bagi orang2 yang berfikir "

( Ar- Rum : 21 )

ada 5 hukum berkahwin
  • harus pada asal hukumnya
  • sunat bagi mereka yang mampu zahir dan batin tetapi mampu mengawal nafsunya...
  • wajib bagi tiada kawalan nafsu 
  • makruh bagi tidak setaraf
  • haram bagi yang berlaku kezaliman 


Khamis, 9 April 2015

setia hujung nyawa





Bismillahirrahmanirrahim.....


Image result for setia hujung nyawaSETIA HUJUNG NYAWA

kita pernah tahu tak berapa setianya pasangan kita kepada kita... banyak mana sayang dan cinta dia kepada kita... kadang2 kita pun curiga dengan kesetiaan dia... apatah lagi dia...

impian semua orang pasti hendak sebuah hubungan itu kekal sehingga ke hembusan terakhirnya.... untuk sesebuah hubungan itu kekal lama... mestilah ada sikap toleransi... saling memahami ... saling mempercayai... setia dalam hubungan ... jujur... tanggungjawab dan yang penting cinta dan sayang pasangan kita kerana Allah...




kadang2 menjadi persoalan kenapa anda tak setia pada pasangan sendiri??? sedangkan anda sendiri yang pilih dia untuk jadi penyeri hidup, penemamn hidup anda... terima lah pasangan itu seadanya kerana itu adalah pilihan anda... jangan pernah sia2 kan nya... kerana bila dia tiada nanti pasti anda menyesal tak sudah...
kerana hanya dia yang memahami anda ... dia yang membelai anda ... menyayangi anda sepenuh jiwa raga nya....











tapi hati manusia kita tak boleh duga kerana ia sentiasa berubah... kita hanya mampu berdoa Allah membuka hatinya untuk kita...kerana hati itu milik Allah... Allah yang mengawal hati itu...


cinta yang hadir perlu dihargai dan disayangi kerana mungkin itulah jodoh kita hingga hujung nyawa tapi kita tak sedarinya itu... bila ia pergi baru lah kita menyesali dan terkenang...ianya sudah tidak berguna lagi... yang pasti cintainya hanya kerana Allah bukan kerana rupaatau harta kerana rupa lama2 boleh buruk... harta lama2 boleh habis ... tapi cinta kerana Allah pasti Allah akan lindungi hubungan itu ....

cinta setia hujung nyawa itulah impian setiap manusia.... jadikan ia kenyataan ....


Selasa, 7 April 2015

my crush





 


  Bismillahirrahmanirrahim.....

MY CRUSH!!


pasti semuaorang ada crush kan?  apa itu crush?? crush itu orang yang kita minat secara senyap2 tanpa pengetahuannya....

 mesti sukarkan untuk kita mencintai seseorang itu senyap2... kadang2  kita yang terluka dan cemburu bila dia rapat dengan orang lain atau dah ada kekasih hati...

Image result for my crush
nak luahkan perasaan takut... takut apa????
takut dia kata kita nie perasan or dia reject kita ....
kadang2 crush ni boleh jadi juga kawan rapat  kita or orang yang tak kita kenali...

kenapa kita boleh crush padanya???

sebabkan senyumannya... ketawanya... budi bahasanya... semua yang disa buat nampak sempurna je bagi kita....





CRUSH OR BESTFRIEND????





kita pun tak tahu macam mana nak luahkan perasaan kalau crush kita tu bestfriend kita sndiri sebab mungkin dia just anggap kita bestfriend je dan tak lebih daripada itu...tiap kali berjumpa dia mesti hati ini berdebar-debar rasa macam di awan-awangan kerana terlalu happy... mungkinkah disedar yang kita minat pada dia... kita caring pasal dia... biladia sedih kita ada untuk mengubati lukannyadan membuatnya tersenyum... kita tak sanggup nak membuatnya menangis dan terluka kerana bagi kita air matanya itu sangat mahal...






tai

Isnin, 6 April 2015

cinta Allah




 Bismillahirrahmanirrahim.....

Pernahkah kita sedari  cinta Allah kepada kita??? 
manusia sentiasa leka tentang cinta terhadap Allah... manusia terlalu penting kan cinta terhadap sesama manusia sehingga lupa bahawa cinta dan sayang itu hadir kerana izin- Nya ...

betapa sayangnya Allah kepada kita, Allah hadirkan seseorang untuk menyanyangi kita dan mencintai kita agar kita tak kesunyian .... bila kita dalam musibah Allah datangkan jalan penyelesaian untuk kita teruskan kehidupan... bila kita dalam ketakutan Allah hadirkan ketenangan kepada kita.. bila kita tersesat Allah tunjukkan jalan yang benar kepada kita agar tidak tersasar jauh...  

tapi pernah kah kita bersyukur atas segalannya?? pernah kita sedar betapa sayangnya Allah terhadap hambanya???

jawapannya tidak...kenapa kita terlalu sombong??

sebab kita bila senang je lupa pada Allah... bila susah baru nak berdoa nak mohon belas kasihan daripadanya .... begitulah manusia... tapi Allah tak perna lupa pada hambanya... hanya manusia sahaja yang lupa Allah...


 tak salah untuk kita mencintai seseorang itu tapi bercintalah kerana Allah ...

DARI ABU HURAIRAH RADHIYALLAHU'ANHU , RASULULLAH S.A.W BERSABDA :

" ADA TUJUH GOLONGAN YANG DITEDUHI OLEH ALLAH DALAM TEDUHA-NYA PADA HARI YANG TIADA TEDUHAN KECUALI TEDUHAN (ALLAH) ... DUA ORANG YANG SALING MENCINTAI KERANA ALLAH, KEDUANYA BERKUMPUL DAN BERPISAH KERANA ALLLAH "



cinta kerana Allah insyaAllah akan kekal kerana kita saling mengetahui tanggungjawab sebagai seorang hamba dan akan sentiasa mengingati agar tidak lupakepada Allah... jika berlaku perpisahan kita ketahui ianya kerana izin Allah dan kerana Allah juga kita bersama ... segala yang berlaku pasti ada hikmahnya...

kita mohon lah cinta Allah dalam setiap deoa kita kerana cinta pada bunga akan layu , cinta pada manusia akan mati, cinta pada Allah kekal Abadi....