Bismillahirrahmanirrahim.....
kahwin dalam islam dari segi bahasa bermaksud himpun atau cantum... dari istilah pula akad yang menghalalkan pergaulan lelaki dan wanita yang diharuskan berkahwin...ini bermaksud lelaki itu sanggup menerima satu tanggungjawab yang besar yang akan diserahkan oleh bapa pengantin perempuan kepadanya untuk menanggung segala dosa yang bakal isterinya lakukan... betapaberatnya tanggungjawab yang bakal dipikul...
banyak persediaan yang perlu dilakukan sebelum berkahwin.... sebelum berkahwin wajib ada ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah ... ini untuk persediaan untuk membawa rumahtangga kita bahagia didunia dan akhirat ... ilmu bukan hanya dengan menghadiri kursus kahwin... tetapi ilmu meliputi seperti ilmu menambat hati suami/ isteri... ilmu memasak... ilmu menguruskan rumahtangga... ilmu menjadi suami soleh dan isteri solehah.... suami juga wajib bagi didikan kepada isteri ... solat 5 waktu, solat jemaah , membaca Al-quran dan sebagainya perlu ditekankan lebih lagi kepada lelaki yang bakal menjadi imam dan pemimpin kepada keluarga....
fizikal dan mental juga perlu ada persediaan sebelum berkahwin jika kita sakit adakah kita mampu untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai suami atau isteri....perlu merawat kesihatan dahulu sebelum berkahwin sekiranya ia akan menjejaskan tanggungjawab sebagai suami/ isteri...macam mana seorang suami nak memberi nafkah kepada anak dan isteri jika suami sakit... macam mana isteri nak memasak untuk suami dan anak jika ia sakit..
ekonomi yang kukuh perlu ada untuk berkahwin bagi yang lelaki kerana lelaki yang akan tanggung makan minum, pakai , tempat tinggal dan didikan kepada anak dan isteri... ekonomi adalah penting lebih2 lagi untuk lelaki kerana untuk memberi nafkah ... walaupun berkahwin ketika belajar suami juga bertanggungjawab memberikan nafkah ... ibubapa juga perlu membantu anak2....
APAKAH TUJUAN PERKAHWINAN INI????? tujuannya ini ialah untuk menyahut seruan fitrah ... ini kerana lelaki memerlukan perempuan dan sebaliknya...
AYAT 30 SURAH AR-RUM
" maka, hadapkanlah wajahmu ( dengan mengikhlaskan hati ) ke arah agama Allah, fitrah Allah yang telah mencipta manusia menurut fitrah itu, tidak lah patut ada sebarang perubahan pada agama Allah itu, itulah agama yang lurus tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui, "
perkahwinan ialah sebuah ibadah kepada Allah... jika seseorang itu berkahwin maka sempurnalah sebahagian daripada tuntutan agama...
" apabila berkahwin seseorang hamba, maka telah sempurnalah,sebahagian daripada agamanya, maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam sebahagian yang lain"
( RIWAYAT AL- HAKIM)
kita kahwin kerana perkahwinan itu sunnah Rasulullah SAW... untuk mendapatkan syafaat nabi kita perlu mengikuti sunnah nabi termasuk soal kahwin...
" dan aku ini bernikah, maka siapa yang membenci sunnah aku, maka dia bukan lah daripada golongan aku "
( RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM )
malah berkahwin juga untuk melahirkan golongan yang soleh dan solehah.... ia adalah jalan terbaik untuk mengembangkan zuriat... Nabi menyuruh kita agar berkahwin dengan wanita yang pengasih dan melahirkan ramai zuriat...
" bernikahlah dengan perempuan yang subur dan melahirkan anak kerana aku berbangga mempunyai umat yang ramai "
( RIWAYAT ABU DAUD )
dalam perkahwinan dapat mewujudkan ketenangan jiwa dan ketenteraman rohani... ia boleh menjadi penawar bagi masalah stress kerana boleh berkongsi masalah bersama pasangan.... selain itu, ia dapat ia dapat menghindarkan diri daripda melakukan kemungkaran dan maksiat ....
Apa matlamat perkahwinan???? matlamatnya ialah untuk ketenangan , kasih sayang dan belah ihsan....
FIRMAN ALLAH SWT
" dan di antara tanda2 yang membuktikan bahawa ia mencipta untuk kamu ( wahai kaum lelaki ) , isteri2 dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu ( suami isteri ) perasaan kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan- keterangan ( yang menimbulkan kesedaran ) bagi orang2 yang berfikir "
( Ar- Rum : 21 )
ada 5 hukum berkahwin
- harus pada asal hukumnya
- sunat bagi mereka yang mampu zahir dan batin tetapi mampu mengawal nafsunya...
- wajib bagi tiada kawalan nafsu
- makruh bagi tidak setaraf
- haram bagi yang berlaku kezaliman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan