salam ku pada mu


Flying Cute Pink Butterfly

Isnin, 6 April 2015

cinta Allah




 Bismillahirrahmanirrahim.....

Pernahkah kita sedari  cinta Allah kepada kita??? 
manusia sentiasa leka tentang cinta terhadap Allah... manusia terlalu penting kan cinta terhadap sesama manusia sehingga lupa bahawa cinta dan sayang itu hadir kerana izin- Nya ...

betapa sayangnya Allah kepada kita, Allah hadirkan seseorang untuk menyanyangi kita dan mencintai kita agar kita tak kesunyian .... bila kita dalam musibah Allah datangkan jalan penyelesaian untuk kita teruskan kehidupan... bila kita dalam ketakutan Allah hadirkan ketenangan kepada kita.. bila kita tersesat Allah tunjukkan jalan yang benar kepada kita agar tidak tersasar jauh...  

tapi pernah kah kita bersyukur atas segalannya?? pernah kita sedar betapa sayangnya Allah terhadap hambanya???

jawapannya tidak...kenapa kita terlalu sombong??

sebab kita bila senang je lupa pada Allah... bila susah baru nak berdoa nak mohon belas kasihan daripadanya .... begitulah manusia... tapi Allah tak perna lupa pada hambanya... hanya manusia sahaja yang lupa Allah...


 tak salah untuk kita mencintai seseorang itu tapi bercintalah kerana Allah ...

DARI ABU HURAIRAH RADHIYALLAHU'ANHU , RASULULLAH S.A.W BERSABDA :

" ADA TUJUH GOLONGAN YANG DITEDUHI OLEH ALLAH DALAM TEDUHA-NYA PADA HARI YANG TIADA TEDUHAN KECUALI TEDUHAN (ALLAH) ... DUA ORANG YANG SALING MENCINTAI KERANA ALLAH, KEDUANYA BERKUMPUL DAN BERPISAH KERANA ALLLAH "



cinta kerana Allah insyaAllah akan kekal kerana kita saling mengetahui tanggungjawab sebagai seorang hamba dan akan sentiasa mengingati agar tidak lupakepada Allah... jika berlaku perpisahan kita ketahui ianya kerana izin Allah dan kerana Allah juga kita bersama ... segala yang berlaku pasti ada hikmahnya...

kita mohon lah cinta Allah dalam setiap deoa kita kerana cinta pada bunga akan layu , cinta pada manusia akan mati, cinta pada Allah kekal Abadi....






Tiada ulasan: